Post kali ni tiada kena mengena dgn org yg masih hidup.tiada kena mengena dgn org yg telah meninggal dunia.malah tiada jug akena mengena dgn tajuk blog seperti di atas. ini hanya utk tatapan umum(ya bkn ummum amam :p)
Kisah ini mengenai pertemuan dua orang sehabat yang sudah lama tidak berjumpa. Mereka amat merindui antara satu sama lain. Mereka berbual, bersenda sambil menikmati suasana nyaman di pesisiran pantai berhampiran kampung mereka. Pada mulanya topik yang dibicarakan adalah mengenai kenangan zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya ia berkisar tentang kehidupan mereka kini.
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" tanya Azman kepada temannya Borhan yang sampai sekarang masih membujang. "Jodoh tak sampai lagi. Itulah sebabnya saya masih membujang. "
Borhan diam seketika dan kemudian menyambung, "Dulu sewaktu saya di Kedah, saya berjumpa dengan seorang wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun selepas sekian lama kami berpacaran baru saya tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu."
Azman hanya mengangguk-anggukkan kepala. Lantas Azman bertanya, "Lalu.. kamu tidak bertemu dengan wanita lain? selepas itu". Borhan tersenyum. Lalu menjawab. "Ada. Semasa di Ipoh saya bertemu dengan seorang wanita yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada pertemuan pertama saya begitu gembira dan seronok. Hati saya berdegup kencang, malah kuat menyatakan bahawa inilah wanita ideal saya. Namun selepas itu baru saya tahu, dia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab."
Azman menarik nafas yang panjang dan kemudian bertanya, "Jadi, kamu mengambil keputusan tidak mahu mengenali mana-mana wanita disebabkan sikap dan sifat mereka yang tidak sempurna? Dan disebabkan itu kamu tidak menikah sehingga kini?"
Borhan menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju. "Bukan begitu." ujarnya. Muka Azman berkerut lalu bertanya, "Habis tu? Apa yang kamu cari?"
Borhan melepaskan pandangannya ke arah Laut China Selatan. Untuk seketika Borhan menikmati keindahan alam. Tidak lama kemudian Borhan berkata, "Aku mencari wanita yang sempurna". Azman terus bertanya lagi, "Apakah kamu masih belum bertemu dengan wanita seperti yang kamu idamkan itu?"
Borhan menarik nafas panjang. Dipejamkan matanya seketika lalu berkata, "Saya telah bertemu dengan seorang wanita ketika saya di Johor Bahru. Dia seorang wanita yang manis, baik dan periang. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan sangat memahami saya. Tapi akhirnya kami berpisah apabila saya mengetahui yang dia dari keluarga yang berantakan selain selalu menuntut sesuatu yang saya tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah."
Ungkapan Borhan terhenti seketika. Kemudian Azman menepuk bahu Borhan. "Saya tak sangka yang citarasa kamu terhadap wanita sangat tinggi. Malah sukar untuk mencari wanita yang sempurna pada masa kini." ujar Azman. "Benar katamu Azman. Walaupun saya mencari dan terus mencari, namun saya selalu dapati ada kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui." balas Borhan dengan tenang.
Untuk seketika, suasana menjadi sunyi. Yang kedengaran hanyalah desiran ombak dan hembusan angin laut. Sekali sekala kedengaran kicauan burung yang bebas berterbangan di langit biru. Suara Azman memecahkan kesunyian yang ada di sekeliling mereka. "Borhan.. dalam dunia ni, tiada kesempurnaan yang sempurna. Paling tidak, pasti ada sedikit cacat cela pada seseorang wanita itu."
Borhan hanya tersenyum lalu membalas, "Benar Azman. Tetapi setahun lalu, saya ada bertemu dengan seorang wanita yang sangat saya dambakan selama ini. Dia bukan sahaja cantik, malah baik hati, dermawan, pintar dan penuh dengan humor. Dia juga sangat teliti dan sentiasa berdamping dan bersama saya terutama ketika saya berada dalam kesedihan. Pendek kata, dia adalah wanita yang sempurna bagi saya. Dialah Bidadari syurga yang dijadikan khas untuk saya."
Azman yang dari tadi tekun mendengar kata Borhan dengan pantas menyergah, "Lantas? Apa yang terjadi? Kamu tidak terus melamarnya?" Azman begitu teruja untuk mengetahui akan tindakan Borhan.
Borhan diam sejenak dan akhirnya dengan suara yang perlahan Borhan menjawab, "Tidak. Baru sekarang saya mengetahui bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna."
Kesimpulan : Tiada kesempurnaan dalam hidup ini mahupun dunia ini. Nobody's perfect. Jadi jangan sia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita, kerana belum tentu kita akan mendapat sesuatu yang lebih baik dari yang kita ada, Kalau kita mahu mencari sesuatu yang sempurna, nilaikan dahulu diri kita sendiri, apakah sudah cukup sempurna di mata orang lain?
9 food.recommends:
January 17, 2009 at 5:30 AM
komen 123...leh je ayu :-?
January 17, 2009 at 8:40 AM
testing..testing...1..2...3....hehehe...
January 17, 2009 at 8:51 PM
terima kasih kerana testingkan untuk saye. hahahah.
sori, mata rabun, tak nampak pulak. hehe..
nwayy..
klu wujud lah manusia camni, yang terlampau pentingkan kesempurnaan..
org macam ni la yang patut paling kite kesian..
ihh ihhh.. kesian tul lah.. ish ish ishhh..
mungkin org mcm ni cari org yg sempurna sbb dia tahu dia tak pernah sempurna kot. (tp tak mau ngaku je)
apepon,
ALL THE BEST!
muhahahah.
January 19, 2009 at 12:11 AM
huii panjangnyeee komen :D
January 19, 2009 at 3:18 AM
sokong ayu..kene kesian kan orang-orang macam ni.
selalunya orang yang ingat dia sempurna ni lah yang paling insecure, die nak sembunyikan kekurangan diri sendiri dengan menilai kekurangan orang lain.
lepas tu dia je betul, orang lain semua salah. die je lah mangsa, maka terjadilah drama queen/king. sekian haha
January 19, 2009 at 5:40 AM
when you are too perfect you will become boring... :P~
January 19, 2009 at 7:33 AM
"selalunya orang yang ingat dia sempurna ni lah yang paling insecure, die nak sembunyikan kekurangan diri sendiri dengan menilai kekurangan orang lain."
DAMN RIGHT!
January 19, 2009 at 7:59 AM
woah leh wat novella~~~
philipine, korea o hindustani :p
apa jua kejadian Allah adalah sgt sempurna. tiada yg lebeh sempurna melainkan ciptaan NYA.
lau org yg terlalu menilai kesempurnaan itu adalah org yg x bersyukur dgn apa jua kejadian dr NYA.
kalau semua org sesempurna apa yg kt mahukan, di dunia ini tidak akan ada ragam. ragam adalah asam hidup manusia. tiada ragam, tiada la asam hidup kehidupan. like melal said... "when you are too perfect your life will become boring" (melal tukaq sket nooo)
January 19, 2009 at 5:37 PM
mak aih... tol ke roomate orang ni ? ahahaha... tatot tatot ...
sebab tu kene ade kawan. kawan ni la complete kan kite.alam ni la completekan kite.musuh la completekan kite.pengalaman la completekan kite... eh...
ni blog makan ke blog makan makan.hahaha.
Post a Comment